Lama ku tinggalkan....


Lama ku tinggalkan,
Hati yang keresahan,
membungkam dalam kesamaran,
tanpa cahaya,
bertapak tanpa arah,
mahupun kerdipan...


Lama ku tinggalkan,
Jiwa yang kekosongan,
tersesat pada jalan yang suram,
lama mendiam,
melupakan semua kisah,
untuk kembali bertenang...

Kini,
ku telah kembali,
tanpa ada jurang kenangan,
tanpa ada sisa impian,
kerana ku ingin tinggalkan,
jauh....tanpa ingatan.

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds