Teman


Teman,
Ketika senja menjelma,
Aku mengenang tawamu,
Ku mulai merindui mu,
Merindui ratapan kecilmu.


Teman,
Sejuknya hati mendamaikanku,
Mengenang cerita kita dahulu,
Dengan nakal dan rasa lucu,
Membawa tenang hidupku dan hidupmu.


Teman,
Kehendak Tuhan tidak bisa ku halangi,
Takdirmu membawa kenangan dan mimpi,
Jauh menyatu ke dalam jiwa dan hati,
Menyebarkan sedih ke benak ini.


Teman,
Ku sedari kau telah tiada lagi,
Hanya kisah kita masih bersemadi,
Kerana persahabatan kita kan berterusan selamanya,
Kerana indahnya pertemuan kan kekal dalam jiwa.


*Al-Fatihah untuk arwah Noreen, teman seperjuanganku di tingkatan 6A3, SMKJP 2004.

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds