Asyik


Makhluk indah ciptaan Tuhan,
Menyusun kisah dalam mimpi,
Menusuk jantung mengetuk sanubari,
Lantas membuat ku tersenyum.

Pada hari yang ku lalui,
Dia telah membuatku lupa pada luka,
Meninggalkan perih dan jerih,
Mengeringkan darah derita.

Di waktu malam aku menemuinya,
Di bawah bintang yang menari dan berlari,
Memperhati dan menjadi saksi,
Bahawa aku mencintainya,
Bagai sang pari-pari menabur cerita fantasi,
Begitu aku asyik dengan rasa ini….

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds