Tuhan


Tuhan,
Ajarilah aku untuk mengerti apa yang telah terjadi,
Agar ku bisa memahami tuntutan ujian dan takdir ini,
Di saat semua bagai datang dan pergi, ada dan hilang….

Tuhan,
Bimbing aku sentiasa sedar akan semua yang tercipta,
Agar nanti ku tidak akan terus hanyut dan alpa,
Untuk terus bersyukur dan menghargai pada semua yang telah ada,
Pada semua yang akhirnya akan tiada…

Tuhan,
Pimpinlah aku untuk menghadapi segala duka dan rasa kecewa,
Jadikan aku insan matang dan lebih dewasa,
Untuk menerima apapun ujianmu, takdirmu dan dugaanmu,
Agar aku akan sentiasa belajar memahami perjalanan seorang manusia…

Tuhan,
Ku redha menjalani segala duka,
Ku sedia mempelajari makna derita,
Kerana akhirnya ku pasti akan menemui bahagia dan gembira,
Mungkin tidak di dunia, mungkin di sana…
Kau jua yang Maha mengetahui Tuhan...

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds