Harapan


Ku cuba merancang yang terbaik dalam hidupku,menyusun tiap langkah yang telah berselerakan,
Menciptakan kembali masa yang telah terhenti.

Ku harapkan mimpi di hening malam nanti,
Di alun doa-doa yang tersusun rapi,
Mengalun dari bibirku yang dahulu pernah sepi…

Dan semoga nanti ku terjaga,
Ku menatap awan lembut dan embun segar,
Menghilangkan ingatanku pada kepenatan dan putus asa…

Rasa ku



Awan lembut,
Yang melihat senyumku,
Daun gugur,
Yang melihat langkahku,
Angin berhembus,
Yang mendengar degup jantungku,

Benar, ku akui…
Aku merindukan lamunannya,
Aku merindui tawanya,
Aku mencintainya, melebihi apa pun,
Melebihi mentari , bulan dan bintang,
Melebihi hujan, kabus dan embun,
Tapi takkan melebihi cintaku pada Allah s.w.t

Tuhan


Tuhan,
Ajarilah aku untuk mengerti apa yang telah terjadi,
Agar ku bisa memahami tuntutan ujian dan takdir ini,
Di saat semua bagai datang dan pergi, ada dan hilang….

Tuhan,
Bimbing aku sentiasa sedar akan semua yang tercipta,
Agar nanti ku tidak akan terus hanyut dan alpa,
Untuk terus bersyukur dan menghargai pada semua yang telah ada,
Pada semua yang akhirnya akan tiada…

Tuhan,
Pimpinlah aku untuk menghadapi segala duka dan rasa kecewa,
Jadikan aku insan matang dan lebih dewasa,
Untuk menerima apapun ujianmu, takdirmu dan dugaanmu,
Agar aku akan sentiasa belajar memahami perjalanan seorang manusia…

Tuhan,
Ku redha menjalani segala duka,
Ku sedia mempelajari makna derita,
Kerana akhirnya ku pasti akan menemui bahagia dan gembira,
Mungkin tidak di dunia, mungkin di sana…
Kau jua yang Maha mengetahui Tuhan...

Tentang dia


Malam adalah sahabatku,
Sunyi ini adalah temanku,
Ku diam tanpa kata,
Hanya memaut senyuman di bibir,
Angin malam lihat mata ini,
Ada bayang-bayang seorang insan.

Biarlah hanya malam yang tahu
Tentang bayang-bayang itu,
Yang kerap datang menganggu lenaku,
Berdesah mengungkap rindu…

Asyik


Makhluk indah ciptaan Tuhan,
Menyusun kisah dalam mimpi,
Menusuk jantung mengetuk sanubari,
Lantas membuat ku tersenyum.

Pada hari yang ku lalui,
Dia telah membuatku lupa pada luka,
Meninggalkan perih dan jerih,
Mengeringkan darah derita.

Di waktu malam aku menemuinya,
Di bawah bintang yang menari dan berlari,
Memperhati dan menjadi saksi,
Bahawa aku mencintainya,
Bagai sang pari-pari menabur cerita fantasi,
Begitu aku asyik dengan rasa ini….

Tiada.



Tika penat lelah memercik,
membias dan memekung cerita silam,
saat itu ku cuba untuk berehat,
tanpa menoleh sesaat untukmu,
tanpa memberi ruang untukmu...

Tika hati luka menjadi parut,
membalut kenangan terbuang jauh,
saat itu ku cuba untuk berehat,
tanpa mengenang sesaat bersamamu,
tanpa memberi perhatian pada cerita itu...

kan ku tempuh dunia baru...
dunia tanpa ada namamu..

Puisi ini untuk dia..


ku alunkan puisi ini untuk dia,
angin yang menyejukkan,
membuai dan menyenangkan,
membawa pergi duka dan derita,
dia adalah angin..

ku alunkan puisi ini untuk dia,
bintang yang berkedipan,
berselerakan di langit,
mengerdipkan ceria di hati,
menaburkan cerita beerti,
dia adalah bintang....

ku alunkan puisi ini untuk dia,
bulan yang memancarkan cahaya,
menerangkan kelam malam,
menyejukkan bahang siang,
menghilangkan duka semalam,
dia adalah bulan..

ku alunkan puisi ini untuk dia,
dia adalah segala-galanya,
angin, bintang,dan bulan,
siapakah dia?

Dan Jiwaku Berbisik...


Senyuman dia,
datang dan memberi khayalan,
tanpa tenang aku mengenang,
menutup mata dan memejam,
tersenyum aku...


dan ketika itu,
jiwaku telah berbisik...
katanya berikan dia ruang dan peluang,
untuk bernafas..

ku biarkan jiwaku berbisik,
kerana ku ingin terus berkhayal,
akan senyuman dia,

yang penuh makna dan cerita...

Lama ku tinggalkan....


Lama ku tinggalkan,
Hati yang keresahan,
membungkam dalam kesamaran,
tanpa cahaya,
bertapak tanpa arah,
mahupun kerdipan...


Lama ku tinggalkan,
Jiwa yang kekosongan,
tersesat pada jalan yang suram,
lama mendiam,
melupakan semua kisah,
untuk kembali bertenang...

Kini,
ku telah kembali,
tanpa ada jurang kenangan,
tanpa ada sisa impian,
kerana ku ingin tinggalkan,
jauh....tanpa ingatan.

Blogger Template by Blogcrowds