Takdir untuk kita



bila saat kau ingin pergi dariku,
ku merelakan demi kebahagiaanmu,
ku lembutkan hati bahawa ini takdir untukku,
akan ku pastikan jalan ini yang terbaik untuk kita.

Ku relakan nanti malamku keseorangan,
Ku tempuhi redup bulan bersendirian,
Biar nanti aku kerinduan atau kesejukan,
Takkan ku cuba menjejak bayangmu lagi.

Andai aku nanti melambaikan tanganku,
Jangan kau berpaling dan memandangku,
Andai aku nanti berteriak memanggilmu,
Jangan kau cuba menyahut panggilanku…

Biarkan ku di sini berdikari dan bersendiri,
Cuba untukku menjalani hidup tanpamu.

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds