Tiada cinta sama kali kedua



Aku pernah mengenalmu, begitu jua kau pernah mengenalku,
Kau pernah melangkah seiring bersamaku, begitu aku meniti langkah di sisimu,
Kita pernah menatap senyuman dan tangisan bersama,
Kita pernah bercerita dan tertawa bersama.
Namun, kini segalanya sudah berubah,
Sudah ada jalanmu dan jalanku,
Sudah ada waktuku dan waktumu,
Sudah ada ceritaku dan ceritamu.
Hanya kenangan menjadi titik jambatan untuk kita,
Kenangan yang menjadi saksi saat yang paling berharga,
Namun, kenangan itu kan terus tinggal kenangan,
Kerana kita takkan pernah cuba untuk seiring lagi.
Kenangan itu tidak akan kita kenangi lagi,
Kerana cinta yang sama takkan datang dua kali.

3 comments:

Seday nye.. Tapi best.

25 November 2008 at 18:49  

terima kasih...

26 November 2008 at 19:42  

andainya...
ditakdirkan cinta yang sama...
hadir lagi tuk kali kedua...
sambutlah kedatanganya..
alukan kehadiranya..
ia datang kali ini
penuh dengan penyesalan dan keinsafan
smoga kedatangannya tidak kesiangan

27 November 2008 at 09:10  

Blogger Template by Blogcrowds