Insan Kesunyian


Saat langit mulai tenggelam,
Aku mendongak memandang bintang,
Melihat satu bayang tentang ketenangan,
Sebuah impian yang hanya mampu diangankan.

Laluan hidup ini tiada mengenal batas waktu,
Kan pergi biar tika kita memerlukan,
Tidak pula mengenal batas logika,
Kan hilang biar saat kita menginginkan.

Itulah sebuah kehidupan,
Untuk aku insan kesunyian.

4 comments:

aku tidak pernah membiarkan kesunyian menjadi pembalut hidupku,hidup ini satu persinggahan,penuhinya dengan kegembiraan serta amalan kebajikan

26 November 2008 at 18:46  

tidak aku menjemput sunyi itu hadir,
namun terus ia membaluti hidupku...
ku harus mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana mengurniakanku rasa sunyi ini...
kerana, di sini ku dapat berfikir dan mengenal kisah di sebalik kehidupan gembira yang dikecapi semua manusia.

26 November 2008 at 19:39  

biarlah pembalut coklat ku diambil
janji coklatnyer masih padaku
kerana coklat bule dimakan
pembalutnyer mane leh makan
soriiii...hehehehehehe

27 November 2008 at 09:03  

Hati, ajaklah jasmani sujud padaNya.
berbisik-bisiklah di atas sejadah, zahirkan masalah dan pohonkan kemeriahan dariNya.
Insya Allah kesunyian akan lenyap.
Wassalam.

30 November 2008 at 18:33  

Blogger Template by Blogcrowds