untuk lelaki-lelaki yang pernah bertakhta di hatiku,
biar kelam masa yang lalu,
biar ada duka pada tiap jejak kenangan yang hilang,
takkan pernah ada dendam,
selalu aku memadam calit luka yang hinggap,
senantiasa aku memejamkan mata dari melihat perit semalam...
untuk lelaki-lelaki yang pernah bertakhta di hatiku,
biar harapan itu telah musnah,
telah pun janji-janji itu menjadi buih yang berselerakan,
jangan tinggalkan kesan dalam hati,
biarkan jauh ia pergi,
melewati detik-detik yang tercalar dalam hari-harimu,
jangan pernah biarkan ia kekal dalam ingatan...
untuk lelaki-lelaki yang pernah bertakhta di hatiku,
semalam diri ini pernah bertakhta di hatimu,
hari ini jangan impikan ia kan hadir lagi,
biarkan naluri itu pudar,
cintai dan sayangi dia yang kini untukmu,
bersyukurlah memiliki dirinya,
bertafakurlah kerana telah memilikinya...
untuk lelaki-lelaki yang pernah bertakhta di hatiku,
lupakan lah aku,
wanita ini sebenarnya telah tewas dalam perjuangan untuk bersamamu....
0 comments:
Post a Comment