aku menemui...


aku menemui tersembunyinya air mata di dalam cinta,
mungkin untuk kesedihan,
mungkin juga untuk bahagia,
aku menemui kesepian dalam cinta,
mungkin kerana meninggalkan,
mungkin juga ditinggalkan,
aku menemui keegoaan dalam cinta,
mungkin kerana memiliki,
mungkin juga dimiliki,
aku menemui pembohongan dalam cinta,
mungkin kerana tidak ingin menyakiti,
ataupun takut disakiti,
aku menemui kejenuhan dalam cinta,
mungkin kerana tidak memahami,
ataupun takut untuk difahami,
aku menemui ketakutan dalam cinta,
ketakutan untuk mencintai
ataupun ketakutan untuk dicintai...

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds